Monday 27 May 2013

Kerja Kursus Geografi 2013

Argghhhhh !!! kerje kursus menanti !! nasib baik da siap..ngee ~

this is mine !


PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR) 2013.  
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Norliza binti Ramlan, Guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3 Amal SMKA Kuala Selangor yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Ghazali kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Mahamad Hairani Bin Mohamad Sharif dan Zaida Binti Osman serta adinda-adinda dan kekanda tersayang Mohamad Amiruddin , Nurul Afifah , Nurul Amira dan Nurul Aqilah  yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti, Mohammad Nazrul Hazmi Bin Mohamad Ngisa serta Nurain Sabrina Binti Ibrahim yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya melakukan kajian.
Sekian,




OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif-objektif  seperti berikut:
Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti konsep kegiatan penternakan.
Selain itu , kajian ini bertujuan untuk mengetahui kepentingan kegiatan penternakan di kawasan kajian.
Seterusnya , kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi kegiatan penternakan.
Selanjutnya , kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan negatif kegiatan penternakan dan menyatakan langkah bagi mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan.
Akhir sekali , kajian ini dilakukan dengan objektif untuk menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat tentang kegiatan penternakan.
.






PENDAHULUAN

          Bagi memenuhi syarat untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) semua calon diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi berpandukan senarai semak. Kerja Kursus ini mempunyai dua tugasan dan calon dikehendaki memilih sama ada tugasan 1 : PENGANGKUTAN AWAM atau tugasan 2 : KEGIATAN PENTERNAKAN.

Saya telah memilih tugasan 2 di mana calon dikehendaki menjalankan kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan kajian. Tajuk kajian saya ialah Kegiatan Penternakan Itik di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong . Saya memilih Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang sebagai kawasan kajian kerana Tanjong Karang merupakan kawasan yang membangun di Kuala Selangor.

Saya menjalankan kajian ini dalam masa sembilan minggu bermula 24 Mac hingga 5 Mei 2013. Kemudian , saya menyiapkan laporan tentang kajian ini seperti yang telah disyaratkan.



KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor sebagai kawasan kajian saya. Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak berhampiran kawasan pantai.

Kampung sungai Gulang-Gulang terletak di mukim Tanjung Karang dalam daerah Kuala Selangor. Di sebelah utaranya, terdapat beberapa kedai runcit kecil-kecilan, manakala di sebelah selatannya terletak kawasan pertanian bagi petani seperti sawah padi. Kemudian, di sebelah timurnya pula terdapat industri pelancongan. Di sebelah baratnya pula, hanyalah kawasan pertanian ladang sawit.

Kampung ini berdekatan dengan pekan Tanjung Karang. Jarak di antara Kampung Sungai Gulang-Gulang dengan pekan tersebut ialah kira-kira 8 minit perjalanan dengan menaiki kereta pada kelajuan 60 km/j. Kampung Sungai Gulang-Gulang juga terbahagi kepada empat zon iaitu Zon Batu 6, Zon Batu 5, Zon Batu 7 dan Zon Sempadan Mukim.

Bilangan  keluarga di sini ialah 505 buah keluarga. Agama rasmi Kampung Sungai Gulang-Gulang ialah Agama Islam. Kegiatan utama penduduk ialah bertani.


KAEDAH KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini ,  saya telah menggunakan kaedah tersebut :

Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian untuk mengetahui kegiatan penternakan yang ada di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang Selangor.

Temu Bual
Saya telah menemu bual pengusaha kepada penternakan itik untuk mengetahui tentang perusahaan yang dijalankan. Saya juga telah menemu bual ketua kampung untuk mengetahui tentang kawasan kajian.

Rujukan Internet
Melalui internet , saya mendapatkan maklumat lanjut tentang perusahaan itik serta mencari peta daerah Kuala Selangor. Saya juga menggunakan internet untuk mengetahui konsep penternakan.


1 ) Konsep dan jenis kegiatan penternakan
           
Konsep menurut Wikipedia bermaksud satu kognitif unit makna— sebuah idea abstrak atau simbol mental ada kalanya dijelaskan sebagai "unit pengetahuan," dibina daripada unit lain yang bertindak sebagai ciri-ciri konsep. Sebuah konsep selalunya dikaitkan dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti satu perkataan.
Menurut Wikipedia juga, penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.
Oleh itu, jelas disini bahawa konsep penternakan ialah satu cabang idea bidang pertanian iaitu membiak haiwan ternakan. Untuk menternak, perlulah mempunyai ilmu penternakan yang mana boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.
Untuk itu, saya telah memilih penternakan itik sebagai tajuk kajian bagi menyempurnakan kerja kursus Geografi pada tahun ini.


 2 ) Kepentingan Kegiatan Penternakan di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang
                                                                                                                          
Sumber pendapatan
Menurut Encik Sidek, penternakan itik yang dijalankan olehnya ini merupakan satu kegiatan penternakan yang kurang pesaing. Oleh itu, ramai pengusaha kecil-kecilan mula berjinak dalam perusahaan ini. Penternakan itik muscovy ini dijalankan oleh Encik Sidek sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

Sumber bahan mentah
Penternakan itik yang dijalankan oleh Encik Sidek telah menyenangkan penduduk kampung. Contohnya, sekiranya ada dalam kalangan orang kampung yang ingin telur itik, tak perlu pergi ke pekan. Perkara yang sama juga sekiranya memerlukan daging itik dalam kuantiti yang banyak, penternakan itik ini menjadi sumber bahan mentah yang terhampir.

Peluang pekerjaan
Encik Sidek telah membuka peluang pekerjaan kepada 2 orang pelajar lepasan SPM untuk menjaga ternakannya ketika dia tiada di rumah. Merekalah yang akan menguruskan perniagaannya sekiranya Encik Sidek sedang bekerja.
           
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tinggal di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang yang penduduknya berhemah tinggi kesemuanya.


3) Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan di Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.
Bentuk Muka Bumi
Kawasan penternakan ini terletak berdekatan parit besar yang membolehkan itik - itik menyejukkan badan dan menghilangkan stress. Tanih yang berkawasan tinggi dan kawasan ladang sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’.

Iklim
Menurut Encik Sidek, negara Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk penternakan itik Muscovy. Oleh itu, Encik Sidek mengambil pelang unruk menjalankan penternakan ini.

Modal
Untuk penternakan itik ini, modal yang diperlukan separuhnya telah dibantu oleh pihak MARA. Ini kerana, kos untuk memulakan penternakan itik ini agak banyak dari segi pembinaan reban.

Permintaan / pasaran
Encik Sidek memulakan perniagaan daging itik disebabkan permintaan yang yang tinggi oleh penduduk kampung yang pada mulanya , hanya perniagaan kecil – kecilan. Seterusnya, Encik Sidek telah memperbesar ladang itiknya supaya boleh memuatkan sekitar 500 ekor itik Muscovy.                             
Saya rasa bersyukur dan bangga tinggal di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang kerana penduduknya bersatu padu dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang tugasan.

4 ) Kesan negatif kegiatan penternakan di Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

Pencemaran bau
Menurut Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki, penduduk sering membuat aduan taik itik yang tidak diselenggara mengakibatkan bau busuk di kawasan sekitar. Hal ini telah mengganggu aktiviti mereka selaku masyarakat setempat.

Wabak penyakit
Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki juga mengatakan  taik itik yang tidak diselenggara juga akan menyebabkan lalat membiak dengan banyak. Perkara itu boleh menjurus pada penyebaran penyakit yang dibawa oleh serangga tersebut.

Sensitiviti masyarakat
Penduduk juga ada mengadu kepada Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki bahawa bau dan lalat yang banyak menyusahkan jiran tetangga yang berdekatan berikutan lokasi penternakan yang terletak di kawasan kampung. Ini menyentuh sensitiviti masyarakat sekitar.

Saya berasa beruntung menjadi salah seorang penduduk Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang yang kesemua penduduknya bertimbang rasa dan sentiasa bersabar menghadapi sebarang situasi.



5 ) Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan di Kg.Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

Pemantauan
Menurut Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki, peranan pihak vaterinar daerah amat penting untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan. Pihak Vaterinar Daerah seharusnya selalu turun padang memantau kaedah  penyelenggaraan hasil kumbahan binatang ternakan. Hal ini dapat membantu mengurangkan pencemaran bau yang dibawa oleh itik.

Pemeriksaan kesihatan
Para pegawai kesihatan perlu dihantar ke kawasan kampung untuk memeriksa tahap kesihatan sesebuah kawasan itu. Perkara ini perlu diadakan supaya penyebaran wabak penyakit berbahaya dapat dielakkan, seterusnya meningkatkan taraf kesihatan sesebuah kawasan.

Mewujudkan kawasan ternakan terancang
Pihak ternakan seharusnya merancang lokasi penternakan agar tidak menggangu privasi penduduk kampung yang lain. Hal ini berkait rapat dengan sentiviti masyarakat. Mereka memerlukan ruang untuk bersama keluarga dalam persekitaran yang selesa.
           
Saya rasa bersyukur tinggal di Malaysia kerana Malaysia sentiasa memahami kehendak rakyat. Saya cintakan Malaysia.



Rajah 5.1 cara-cara penternakan itik



Rajah 5.1

Info Kegiatan penternakan di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang Selangor.
Jenis penternakan
Bilangan
Lembu
2
Ikan keli
2
Ayam
2
Itik
1
Kambing
1
Jadual 5.1
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian, saya mendapati Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang  mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk penternakan itik. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun juga membantu penternakan itik ini. Tanpa bantuan modal dari pihak kerajaan, mungkin perniagaan ternakan itik ini tidak dapat berkembang. Selain itu, permintaan pasaran juga menyumbang kepada faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan itik.
Kegiatan penternakan itik juga merupakan suatu penternakan yang agak mencabar dari segi cara penjagaan yang agak merumitkan, juga proses penyelenggaraan hasil kumbahan itik tersebut. Hal ini boleh dicegah dengan usaha, semangat daya saing yang tinggi serta bantuan dari pihak vaterinar. Masalah penyebaran wabak penyakit dapat ditepis dengan adanya pemeriksaan kesihatan dari pihak kesihatan. Untuk meyelesaikan hal sensitiviti masyarakat, saya telah mencadangkan agar kegiatan penternakan dijalankan sebaiknya jauh daripada kawasan kejiranan untuk megelakkan sebarang perselisihan faham.
Penduduk Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang  hidup dalam suasana yang aman, harmoni dan bersatu padu serta bergaul dengan baik antara satu sama lain. Mereka menjalankan pekerjaan untuk mencari rezeki. Setiap masalah yang timbul dalam kalangan penduduk di kampong ini akan di bawa duduk semeja untuk dibincangkan bersama. Saya berasa amat bertuah kerana tinggal di kawasan yang berbilang kaum dan mempunyai semangat patriotism yang tinggi. Saya berasa selamat tinggal di Malaysia, oleh sebab itu saya sayang akan tempat tinggal saya, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

1 comment: