Salam 1 Blogger!!
huhu...dah lamer x update post..
bersawang suda..
ok..hari nie kite nak bagi PERINGATAN buat kite dan juga muslimat di luar sana..
especially yang suda bergelar ISTERI..
harap muslimat bacalah..
30 LARANGAN KEPADA WANITA
Kita sudah mengetahui bahawa tingginya darjat seseorang wanita itu disisi Islam. hal ini juga dapat dibuktikan melalui cerita Saidatina A'isyah R.A. Oleh itu, wajiblah untuk kita sebagai wanita memelihara kesucian dan maruah mereka. Apabila bergelar isteri, makin besarlah tanggungjawab yang perlu digalas oleh wanita tersebut.
1. Menyambung rambut palsu.
2. BERTATU, mencabut bulu pada wajah ( bulu kening ) dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan ( bersolek ) di depan lelaki.
5. Menolak panggilan suami
6. Membuka rahsia suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. MENYUMPAH ANAK SENDIRI
26. Tidak bertegur sapa sesama muslim
27. Menganiayai pembantu
28. Menggangu jiran
29. Meminta cerai kerana suami sakit.
30. Meminta cerai kerana suami menikah lagi.
Kesimpulannya, kebanyakan larangan di atas dilakukan oleh seorang isteri. Jadi, insafkan diri dan jadilah isteri yang solehah..
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penajam fikiran..
Dirumah dia isteri,
Dijalanan kawan,
Diwaktu kita buntu,
Dia penunjuk jalan..