Saturday 5 November 2011

WANITA

Salam 1 Blogger!!

huhu...dah lamer x update post..
bersawang suda..
ok..hari nie kite nak bagi PERINGATAN buat kite dan juga muslimat di luar sana..
especially yang suda bergelar ISTERI..
harap muslimat bacalah..

30 LARANGAN KEPADA WANITA

Kita sudah mengetahui bahawa tingginya darjat seseorang wanita itu disisi Islam. hal ini juga dapat dibuktikan melalui cerita Saidatina A'isyah R.A. Oleh itu, wajiblah untuk kita sebagai wanita memelihara kesucian dan maruah mereka. Apabila bergelar isteri, makin besarlah tanggungjawab yang perlu digalas oleh wanita tersebut.

Berikut merupakan larangan kepada wanita yang bergelar MUSLIMAH :


1. Menyambung rambut palsu.
2. BERTATU, mencabut bulu pada wajah ( bulu kening ) dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan ( bersolek ) di depan lelaki.
5. Menolak panggilan suami 
6. Membuka rahsia suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. MENYUMPAH ANAK SENDIRI
26. Tidak bertegur sapa sesama muslim
27. Menganiayai pembantu
28. Menggangu jiran
29. Meminta cerai kerana suami sakit.
30. Meminta cerai kerana suami menikah lagi.

Kesimpulannya, kebanyakan larangan di atas dilakukan oleh seorang isteri. Jadi, insafkan diri dan jadilah isteri yang solehah..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penajam fikiran..

Dirumah dia isteri,
Dijalanan kawan,
Diwaktu kita buntu, 
Dia penunjuk jalan..

Friday 4 November 2011

Happy Go Lucky

salam 1 blogger!!

huhu excited pulak!
memang excited + happy sebab..
EXAM da habis!!!
yea!!!
sukenyer :D

sekarang nieyh, aq tak tau nak bwat ape..
x tau nak post ape..
aq citer je lar ek?

hurm...
haa aq tau..hari tu, skola aq ade bwat jamuan ari rye tau..


tengok la muke ceria nieyh...

seronok giler..
pastu, ayah aq plak dpt hadiah..
tp, x de gmbr plak..
yg nie, gmbar kwn2 aq yg agak giler sket...
hehehe

lg2 yg pkai bju warna biru 2..
hahaha..

nie plak gambar USTAZAH PILIHAN..
ustazah Asiyah..
haa cantik x??
tp syg..suda berpunya..hehehe..

next, gambar kwn aq..
nme dye Marsha..hahaha

cun kan?

yg pulak, pic aq ngan SISTER-to-be
hahaha
nme dye MARINAH
dye ade lesung pipit!!
comel..

nie kawan aq rapat ar gak...
mate dye cantek..
Misha nme nyer..

comel bak!!

ok lah..sampai sini dulu ek?
nnt kte smbung lagi..
bye..

Saturday 15 October 2011

Sihatkan diri!!!!

hai korang.....
salam 1 blogger....
hehehe...
rase nye da lame x post kan??
teringin plak gadispink na bagi petua kesihatan...
lps nieyh, jge kesihatan tau???

Penyakit Kencing Kotor....
by : Dr Gadispink


Pengenalan
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.

Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.


Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.


Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix.

Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.


Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

lepas nieyh.... hope korang jge kesihatan ek?

Saturday 13 August 2011

Puasa...

Rasa belum terlambat untuk kite ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak Buat semua!!

ok! tu jer!! sebab nak balek hostel jap lagi..bye!!

Friday 12 August 2011

Warna kesihatan

salam,
kite baru try nak wat blog,
so tolong ek?

hari nie kte nak bg info pasal KESIHATAN >.<
hope korang suke!!

1.nak hilangkan sakit kepala
warna : MERAH
warna merah membantu mengurangkan sakit kepala..
so, kalo tetibe sakit, letak tuala lembab warna MERAH!!
nnti kat umah try ek?

2. Mengurangkan tekanan di tempat keje
warna : BIRU
tertekan? ok, fokuskan mata kepada something warna biru.
biru merangsang suasana tenang dan dapat kurangkan tekanan darah.
ok. skrg, ubah "screen saver " laptop kpd warna yang boleh buatkan anda tenang...

3. Elakkan Insomnia
warna : MERAH JAMBU a.k.a. PINK!!

feveret colour..huhu

kalo susah nak tido time malam, try nieyh..
hiasi bilik tido dengan warna nieyh..iaitu..PINK!!
warna PINK mewujudkan suasana santai dan selesa..Suasana yang romantik!!

sebab 2 lar blog nieyh "sigadispink"..hehehe


4. Ceriakan mood anda!!
warna : JINGGA

warna sesuai time kte tgh murung..
so keep up dgn warna nieyh ek?
jgn gundah,
ukirlah senyuman,
jalinan kasih,
insan budiman...<3

5. Lenyapkan keletihan
warna : HIJAU

pendapat mengatakan bahawasanyer..hijau mempunyai kesan POSITIF
dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni
in ur body...




lastly...

'' sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti besi.
sahabat bertanya' apakah pengilapnya wahai Rasulullah?'
Rasulullah menerangkan : 
membaca Al-Quran dan mengingati maut ( mati )''

( HR Al-Baihaqi )

Saturday 23 July 2011

Impian?

Setiap manusia mempunyai impian. Namun, adakah impian itu menjadi realiti? Atau adakah apa yang kita impikan itu sesuatu yang salah? Di sini, 'sigadispink' akan menceritakan satu info didapati daripada seorang rakan 'gadispink'....

Impian untuk memiliki seseorang...
Tidak mustahil bagi seseorang itu mahu memiliki si dia ( seperti pasangan hidup ).Apa kata kita lihat kedepan.Contoh kalau kita memiliki dia, adakah hati lain yang bakal terluka? adakah ada lain yang sanggup menerimanya? cerita ini telah mengaitkan 'sigadispink' yang ingin mencintai dan dicintai.... 'sigadispink' mahu mencintai ALLAH S.W.T. dan berharap ALLAH S.W.T. mencintainya... bagi nya, ini tidak mustahil kerana 'sigadispink' tahu bagaimana cara untuk mencari cinta ALLAH S.W.T. Sekiranya 'sigadispink' mencintai Allah, hati siapa yang akan sakit? Tepuk dada tanya iman... Semua tahu jawapannya... tak perlu 'gadispink' menjelaskannya...

Kesimpulannya, impian bukan sesuatu yang sukar dicapai... sekalipun jalan yang bakal dilalui untuk sampai kepadanya amat memeritkan....