Friday 11 October 2013

HARI KITA !

MERDEKA !


laungan yang ditunggu-tunggu oleh pelajar tingkatan 3 pada tahun ini !
sekarang telah dilaungkan dengan penuh rasa bangga. :D betapa lebarnya senyuman itu !
haha. anyway, kepada mereka yang membaca entri ini, hamba meminta jasa baik tuan hamba sekalian untuk mendoakan kejayaan calon2 PMR 2013 agar memperoleh keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
AMIN !!

dah lepas exam, tak tau nak tulis pasal apa. otak blank. tapi, nak tulis something gak !
mane boleh tinggal blog nie macam tuh je. sayang woo. penat perah otak, akhirnya keluarlah tjuk nie. entri kali ini menceritakan perihal AKU selaku calon PMR yang membawa bendera SMKA KUALA SELANGOR sepanjang 5 hari berlangsungnya peperangan itu.



2 OKTOBER 2013.

8 : 10 pg
Dewan Ibnu Batutah.

-bukak je kertas, mengalir air mata. uwaa !! ibu ! ayah ! kakya tak ready nak exam lagi ! meraung dalam hati je la. pengawas tuh pun pelik tgk 'pe hal lak budak nie?' maklumlah, kebetulan duduk depan sekali. okey done with that, sambong menjawab dengan hati yang berdebar-debar..

10 : 30 pg
Dewan Ibnu Batutah

-karangan? blank. kosong. Astagfirullahalazim ! istighfar banyak2.. moga Allah beri idea last minute. novel ? nilai kegigihan? mampuih aku ! da ar x bce ting.3 punye novel---> Merenang Gelora. tulis jeh ape yang terlintas kat kepala. agak2 same tuh consider betul lah ye?

2 : 30 ptg
Dewan Ibnu Batutah

-pe yang menyebabkan Abu tuh famous ? fine, tak bace. tundingan PAI pun aq x bukak. berserah jeh la. ikut logik. tawakal. sepanjang exam, selawat jeh aq mampu. seriously, hari first tiap kali nak masuk dewan, confirm tangkap leleh ! basah tudung. sumpah, cuak gile !

3 OKTOBER 2013

8 : 10 pg
Dewan Ibnu Batutah

-BI ? igt formula Sir. lala ~ sempat lagi tulis lirik.. Ya Allah mengantuk nya ! haisy ! segarkan aku ! byknye word aq tak tau..macam mana nie??

10 : 30
Dewan Ibnu Batutah

-paper 2 tricky pnya soalan. termangu setengah jam dpn paper. tak tau nak tulis ape. Summary didahulukan. followed by literature. isi je la. senang, nanti tinggal isi jeh. okey essay...Bismillah..

2 : 30
Dewan Ibnu Batutah

-Geografi frust la jugak.. tulahh.. da pesan sruh tgk blek latihan yg da buat dlue. degil. tak nak dgr. jawab la kau sane..

7 OKTOBER 2013

8 : 10
Dewan Ibnu Batutah

-Sains ! uwaaa ! meleleh tak berhenti ! tak nak jawab !! huhu ~ mengapa? feeling ---> depressed ! -,-'

10 : 30
Dewan Ibnu Batutah

-menambah ketensionan ! alahai , meraung tak berhenti ! feeling ---> totally depressed ! =,='

2 : 30
Dewan Ibnu Batutah

-frust gak mule2.. takot x dpat jwab sebab over confidence sgt. hehe. meleleh time kat dlm dewan . bergenang time salam n peluk cikgu. huhu ~

8 OKTOBER 2013

8 : 10 pg
Dewan Ibnu Batutah

-MATH is my nightmare. hope i can do it well for Sir ! Mom and Dad also !

10 : 40
Dewan Ibnu Batutah

-As well for paper 2 ! fighting ! woahh.. relieved it was nearly over.

2 : 30
Dewan Ibnu Batutah

-PERD ! do it for cikgu Arbaidah ! ---> love you ! one day to go.. yeay !

9 OKTOBER 2013

8 : 10
Dewan Ibnu Batutah

-last paper ! BARAB ! allahumma najjihna fikulli imtihad.



FINALLY ! it's done ! rase macam nak campak je buku. hehe. yeahh ! FREEDOM ! tp jgn free sgt. SPM menanti lagi 2 tahun ~ haha. walau apepun, buku still kne letak atas meja. bukan dibuang yea..? ingat tuh. okey. almost 1 a.m and i'm still not sleepy.. but i need to put off right now. remember, don't stay up late. you gonna get Eyebags. not Gucci bags ea. until then. good Bye !


Sunday 15 September 2013

Cloth means

Story : adapted from my friend ---> KUSISSIAN


One day, there was a master.
he went to a annual dinner
with an awful cloth.

when he arrive there,
the host ignored him. 

with a broken heart,
he went back home.

With a new branded spell-binding cloth,
he went back to the dinner.

when he arrived,
the host treated him like VVIP (maybe)

After that, he purposely spill the food to his stunning cloth.

the crowd was totally surprise !

'What the hell??'

'Is he mad?'

'Master, why are you doing this such loony action?'asked the host.

'I'm doin' this because you only wanted to see my suit. not my presence.' replied the Master.

Moral ---> 
don't judge a book by it's cover :) we're in the same country, under the same roof, on the same land. Everybody have their on ways in fashions. so, be careful with your tongue. it may cause a wound in someone heart <3

that's all. thank you !

*thanks for sharing this story my dear friend. it is useful. well, sharing is caring :)*

Husnul Khatimah

Assalamualaikum readers sekalian.
hurm, tajuk tak tetap lagi. Actually, tak tau pun nak tulis ape time nie. *my God,help me !
okeyh.

Firstly, nak story pasal sorang adik Form 1 nie. Innalillah.. da dekat seminggu Arwah pergi meninggalkan kitorang. rase sedih tuh actually still ade. And, bile teringat balek perangai Arwah, rase macam diri ini terlalu miskin agama, kurang budi, lemah iman. kat sini nak cite sikit tentang perlakuan Arwah.

1. rajin solat sunat rawatib.
nie naqib Usrah Arwah yang cite. selaku naqib, mesti rapat ngan ahli usrah kan? antara semua ahli usrah, Arwah lah yang paling rapat. selalu tasmik Al-Quran, suka berborak. sweet kann?

2. suka baca buku agama.
one day, ketua dorm dye plak cite.. hari tuh mase nak kemas barang arwah, diorang satu dorm bukak locker Arwah. MasyaAllah, ade beberapa buku ilmiah. yang tebal2 belaka pulak tuh. Ya Allah ! *tutup muka* malu! kat rumah sendiri novel je berlambak ~ sepatutnya seimbang dua2.. seriously, menangis time tuh.

sebenarnya, banyak lagi perlakuan Arwah yang tak dapat nak cite. next, peristiwa time Arwah meninggal. petang Jumaat yang mulia tuh ( 30 Ogos 2013 ), bapak Arwah datang and amik Arwah. 

Actually, diorang balek sebab Uncle Arwah nak sangat jumpa. On the way to Sabak Bernam, Arwah cakap...

' Ayah (maybe), kalau ape2 jadi nanti, Abang Bad (panggilan Arwah) nak mandi ngan solat kat skola tau?'

' iyelah..' his dad.

then, ayahnya tak perasan terlanggar kepala lori, jip diorang pusing, and Arwah tercampak keluar.
MasyaAllah.. badan arwah suci bersih. cuma muka ade calar sikit. masa itu jugak Arwah dah tak de.

Alhamdulillah ayah Arwah tak de pape. mse tuh. ayhnye trauma. kesian. lepas tuh, mayat Arwah disiapkan kat hospital. mungkin rezeki Arwah, malam tuh jugak, Arwah disembahyangkan kat sekolah. sesuai dengan permintaan Arwah. Mulianya Arwah. cara pemergiannya  Husnul Khatimah. same2 lah kita berharap agar pemergian kita seperti Arwah. (Husnul Khatimah).

sebelum incident petang lepas solat Jumaat tuh, Arwah ade buat something yang lain. Arwah biasanya pendiam dalam kelas. tapi, hari tuh, Arwah hyperactive. tak boleh duduk diam. (classmate Arwah yang cite) sampai kene marah ngan cikgu. tapi, Arwah tetap senyum. raut wajah Arwah bersih je. 

Arwah memang mempunyai muka yang bersih, putih, dan sangat memenangkan kalau tengok mukanya. minta maaf sangat2 sebab tak dapat bagi gamba Arwah kat sini. Kepada sesiapa yang membaca entry nie, sedekahkanlah Al-Fatihah buat Allahyarham Badrul Hisham.

****Al-Fatihah****

Friday 13 September 2013

No Ordinary Family

hai. hello. Assalamualaikum readers sekalian.

Alhamdulillah..akhirnya, dapat jugak duduk kat tempat keramat nie. #mejastudy,dalambilik.
hari tuh da lap habuk. so consider bersih la ye ? haha ~

ingat lagi tak janji kita ? well ~ it's about ----> No Ordinary Family !

it all happens when Hj Rimon Married to a beautiful widow named Hafsah. hehe. *practising for English paper* HAHA ! that's so funny ~ we're a big happy family that time. until these unforgettable day came. they leave us...

firstly,
my dearest Aunt ---> Allahyarhamah Pawit b Allahyarham Hj Rimon.
*Al-Fatihah*

then, 
followed by my Grandpa ---> Allahyarham Hj Rimon b Dikon


*Al-Fatihah*
well, he's such a strong person because he fought his disease for a few years. Grandpa, ur're my HERO !

This year, my lovely Grandma followed her late husband.
---> Hjh Hafsah 

*Al-Fatihah*
that baby was chosen to have a pic with Grandma.
it's empty without their laugh, cheers and care. 
( Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Amin...)

Done with all that, now, time for Raya ! 

hah, kitorang berkumpul pada Hari Raya yang ke-4. agak lewat tapi Alhamdulillah sambutan menggalakkan. hope tahun depan ade lagi :)

Okey, first pic was taken at ---> Rumah Embah !

see? KAMI KELUARGA LUAR BIASA
tapi, dalam gambar nie, tak semua ada. hari tuh, kami kasi gegar Tanjong Karang ! ( cehh, melebih pulak ) tak de lar, kat jalan raye tuh, penuh dengan kereta family kotorang jeh. hewhew :3

okey, next kat umah pak cik n mak cik ! 

ini rumah Embah Riman.
 
haaa.... big family together ~ OMG ! kau ade ? :)
kay, kidding ~ jangan tacing2 ek? kay sambong---->

rumah Embah Ngah. yoww ~
cheers ~ haha. kat setiap umah, mesti ade pic. that means, we're FAMILY UNITED. bhahaha.. rasa macam nak buat badge khas pulak~ kihkihkih. 

hari tuh, sebelum baraan, hujan. so, sementara tunngu ujan reda, inilah keje diorang !
next is ---> FAMILY Pic
Kundang mari !
haa... yang nie lengkap. tengok tuh, sengih melebar. bukan senang nak berkumpul macam nie tau. da la sorang tercampak kat Utara sana, x pasal2 blek nanti tau ckap Siam kang. hahaha. Joking.

dibawa khas dari ---> Teluk Intan
hahaha. apasal background lain? alkisah nye, jejaka tampan yang pakai baju hitam tuh dah lari dlue. so mse amik gambar kat umah embah, tertinggal gamba Angah. sebab tuh upload yang nie. biar lengkap.

Special Guest dari---> Desa Coalfields
family nie je yang lengkap berpakaian. FULL PINK in colour. well my favorite colour okey. for sure i like it very much <3
 ini Ahmad yang punya !
hahaha. what a mess. tapi, masa tangkap gambar, family nie paling havoc ! haha. Kak Ngah saje jeh tuh. dye gambar dye sorang jeh. *kidding*
nie? Tanjong Karang mai !
Alolo sweetnye Yaya ngan Mama peluk Papa. Yaya omei sangat pakai baju raye dye tuh. Mama Ain pun ape kurang nye..
Fire-fighter's family
yang tak dapat dinafikan betapa fotogeniknya Ain Madihah tuh. orang sume duk diam2. dye je yang duk pikir masalah. pikir masalah pe tuh Ain? serius nye muka..

cousins yang...err..tak tau nak cakap ape dah.
time nielah gmba paling cantik. Munir duk pandang sape tuh ? Amir gak yang sempoi. Angah tunjuk taiko nampak ~ budak yang baju biru tuh, comel pulak peace atas kepala. budak baju pink ayulah sikit. dialog Ayen " proudly present..my cousins". boley tuh Ayen. Kembar yang belakang tuh. err..no comment.

haha..akhirnya, semua berkumpul kat umah---> BETA ! #sgGulang2

one happy family at home !
yeahh.. tulah yang terakhir. time tuh jugak, ade girls yang sambut bezday ..

happy birtday to us !
happy birthday girls ~ May God bless u for the rest of your life.

okeyh guys, that's all for tonight. it's almost 2 a.m and i haven't sleep for one day ! wish me luck dear friends ! in just two weeks, i'll be sitting for PMR exam. so, please pray for me ! 

Friday 23 August 2013

My Raya

*tiup* huih.. berhabuk!
waaaa... balik uma! yes yes yes! haha. pape pun, hello bloggerians sekalian.. haappy eid ( sementara masih sempat ) peace ! da lama tak upload, so kene bersihkan dulu. *lap screen dgn kain basah* uh? lantak lah. done.
anneyong! next entry is about my raya.

firstly, pic raya? mianei :'( for RAYA 2013 kitorang tak de pic family. how sad ! jeles tgk blog Alisa tuh~ (ehem, Alisa sila take note ea?) dia ada pic raya. kita x de ! waaaaa nk nanges !
merajok arh!
 hehe. *tekup muka * kay. baju raya? tak de la glamor sangat. juz simple grey. papepun, that sadness telahpun terubat ngan TRIAL PMR.  *oops!termention* my God ! rase macam tak caye jeh. i'm fifteen ! (ek? bufday da lepas ea.) pmr is juz around the corner. raye nie, buku lgsung x bukak ! ---> good girl ! muehehe..  thank godness, my trial isn't that bad and i'm proud with it ! 

first raya with ---> geng Hj Mario !

capite C
 selamat hari raya, bersalam-salaman kita bersama. :)
*lagu senanye*

cousin'S

hahaha ! tgk tuh, pose punye pasal, sampai terbaring-baring. sapo lah tuh. hehe. pape pung, tetiba terselit Hafiy kat tepi tuh ha. sape lah cameraman nye nieyh? raye ngan diorang, boley jd gemok ! asyik suroh makan. mangkat aku nanti kang! lagi - lagi yang sorang nieyh. tuh, bawah nie .

me and aqira dieraa.
hehe. makan. makan. and makan ! heaven ! *amboi*  naseb ade pic ngan cousin.boleh la.asalkan ade pic family. mine? taon lpas punye ade lar. nk tgk? kay, there it comes...

haa. tu dia dah mai. HAPPY EID !

orang kan, kalau kita cakap SELAMAT HARI RAYA, dia akan ckap 'tulah orang, beraya sebulan, Hari Raya sebenarnya sehari jeh ' kay fine! -,-' kita JIWA MUDA right ? so, jom beraya ! selagi Syawal masih ada. hehe.

Raya first, round satu kampung ! penuh poket :) haha, tak sangka. da besaq pung dpt jugak ! thank you ~ ^_^ (rasa dihargai) mereka 2 yg rse tak dapat tuh, jgn mintak2 ! heei tak malu ke ? (anda, sila terasa!)okey, gurau ~

don't forget, i'm still have another family group ! ---> no ordinary family ! that will be in the next post ! shall wait 'ya?

Saturday 13 July 2013

RamaDHaN AL-MubaRAK

Marhaban Ya Ramadhan

pejam celik pejam celik, da dekat 5 hari puasa en ? penat tak terkata. lagi-lagi orang yang duduk asrama nie. hehehe. banyak betul cubaan. nak dekat exam pulak tuh. kelas je memanjang. nasib baik malam pun tak de kelas. dapat tambah pahala solat terawih. ^_^ nak topup pahala senang je. tak perlu susah-susah naik motor pegi kedai beli, ataupun SOS. kite boleh buat on the time. follow je step yang ade kat sini. insyaAllah rewards tuh datang bergolek. 

okeh!

firstly,
1. Membaca al-Quran and tetapkan matlamat satu hari, satu juzuk
- korban masa la sikit. takkan lah hangpa sibuk memanjang? sementara tunggu masuk waktu Maghrib tuh, sempat baca. 

pastu,
2. Mujahadah untuk bangun malam 
- tak susah pun. sebelum tido, tepuk bantal. cakap:
'esok pagi, kejut pukul 5 tepat tau. sampai aku bangun. tau?'kalau bantal tuh jawab, terus tidur.

And then,
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah @ Masjid dengan solat jamaah
- kan ade waktu senggang, tak makan kan ? apa salahnya pegi masjid awal.

pastu,
4. Bersihkan puasa dari perkara yang merosakkan seperti MENGUMPAT

5. Sentiasa berlapang dada
- jangan pikir bende yang negatif je. 

6. Menghadirkan niat untuk beramal soleh di bulan puasa
- nampak tabung tuh, hulur-hulur la. jangan tabung dosa sudah.

7. Merealisaikan matlamat "Aja-aja fighting" melawan nafsu

lastly,
8.Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus
- contohnya makanan. jangan kembung perut suda.

dari Anas Bin Malik r.a dari Nabi SAW, baginda telah bersabda:

 Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bula Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaku di bawah panji-panji Arasy


DURING RAMADHAN...

MAY YOU FIND 
STRENGTH AND GUIDANCE 
IN YOUR PRAYERS..

#salamRamadhan

Monday 27 May 2013

kerja kursus sejarah PMR 2013

anneyong ~
haaa..kpd sesiapa yg blom siap kerja kursus, eloklah kalian kerjakan sekarang !
kegiatan ekonomi tradisional : padi 
khas untuk ELEMEN 2




Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian Menengah Rendah 2013.  
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaleha binti Ibos, Guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 3 Amal SMKA Kuala Selangor yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Ghazali kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Rahim bin Rimon dan Siti Rohayu binti Mario serta adinda-adinda tersayang Nurun Nuha binti Rahim dan Nurun Najla binti Rahim yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti Nur Aqilah binti Suib, Noorsriana Ain binti Aziz dan Nurin Anis Qistina binti Mohd Sobri yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya melakukan kajian.
Sekian.




Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan dengan objektif:
·         Mengetahui dan mengenali satu kegiatan ekonomi tradisional di negara kita
-Dengan ini, pengetahuan saya akan bertambah di samping melakukan pemerhatian.
·         Mengumpul fakta sejarah mengenai ekonomi tradisional yang dikaji
-Ekonomi tradisional penanaman padi merupakan satu tajuk yang agak senang untuk mengumpul fakta sejarah. Oleh itu, saya telah memilih tajuk ini.
·         Mengenalpasti latar belakang dan sumbangan kegiatan ekonomi tradisonal yang dikaji
-Di samping dapat mengetahui latar belakang ekonomi tradisional, saya juga dapat mengenalpasti sumbangan kegiatan ini kepada individu, masyarakat dan negara.
·         Memperkukuh semangat nasionalisme dalam kegiatan ekonomi tradisional
-Saya bersyukur kerana dapat menerapkan semangat nasionalisme dalam diri ketika sedang melakukan kajian.







Kaedah Kajian

Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian tentang kegiatan penanaman padi yang berdekatan tempat tinggal saya, iaitu Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang , Selangor.

Temu Ramah
Saya telah menemu ramah seorang pengusaha padi yang sudah lama berkecimpung dalam pertanian ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan teknik perusahaan padi serta cerita disebalik pertanian padi ini.

Analisis dokumen
Saya menganalisis dokumen yang diperoleh daripada buku-buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan mengenai pertanian padi.

Melayari  internet
saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penanaman padi



Hasil Kajian
PENANAMAN PADI
1.      Maklumat Asas
Pertanian padi yang dijalankan oleh Embah Riman bin Dikon bermula dengan usaha ayahnya, Allahyarham Embah Dikon yang bekerja keras untuk membeli 2 keping sawah padi bagi menyenangkan keluarga. Setelah itu, Allahyarham telah mengusahakan sawah padi itu bersama dua orang anak lelakinya, Allahyarham Embah Rimon ( abang kepada Embah Riman ) dan Riman ( beliau sendiri ). Kadangkala, 3 orang anak perempuannya juga turun membantu ketika menanam padi. Sawah kepunyaan keluarga Embah Riman terletak di Sawah Sempadan.
2.      Latar belakang
Tujuan pertanian padi diusahakan ialah sebagai punca pendapatan keluarga. Selain itu, pertanian sawah yang diusahakan Embah Riman merupakan warisan keluarganya. Oleh itu, Embah Riman masih mengekalkannya kerana sawah itu pula akan diwarisi kepada anaknya juga generasi seterusnya.
Embah Riman bersama abang dan ayahnya akan keluar selepas subuh untuk memulakan kerja-kerja menanam padi di awal musim. Kuku kambing digunakan untuk menanam padi. Selepas itu, sabit akan digunakan ketika musim menuai. Kemudian kerja-kerja membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi.

Embah Riman melakukan kerja membanting padi di belakang rumahnya kerana peralatan tong dan layar ada di situ. Kerja mengipas padi juga hanya dilakukan di rumah kerana kipas padi juga terletak dirumah. Padi tersebut kemudiannya dihantar ke kilang untuk untuk diproses menjadi beras. Sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam dan tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaum wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan beras.
Sekarang, Embah Riman hanya mengupah pekerja untuk menguruskan sawah padinya. Namun begitu, Embah Riman juga rajin menjenguk sawahnya bagi memantau perkembangan sawah miliknya. Selebihnya, tentang pengangkutan serta kerja-kerja menanam, menuai, dan seterusnya di lakukan oleh pekerja tersebut dengan menggunakan jentera-jentera canggih masa kini atas nasihat pihak MARA.







3.      Sumbangan / Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Pertanian yang dipertahankan Embah Riman telah meningkatkan taraf sosial ekonomi  masyarakat setempat. Selain itu, pertanian padi ini masih diteruskan oleh Embah Riman kerana permintaan berterusan pihak BERNAS yang akan mengambil hasil tuaian pada setiap kali  musim menuai. Pertanian ini juga telah menguatkan semangat kejiranan antara jiran kerana adanya kerjasama sesama masyarakat. Penerusan tradisi keluarga ini juga menjadi warisan keluarga yang paling berharga. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu mengetahui perkembangan perusahaan padi ini. Warisan keluarga ini juga telah mengeratkan hubungan sesama jiran. Hal ini juga boleh membantu jiran yang menghadapi masalah menguruskan pertanian padi dengan sering bertukar-tukar cerita tentang pertanian padi masing-masing.
                  


Kawasan
( 000 hektar)
Jumlah pengeluaran
(000 tan metrik)
Keluasan tanaman
Pertumbuhan
1991
1992
1993
1995
2000
1991-1995
1996-2000
737.5


1956.5

690.3


1864.0
899.3


1893.5
666.3


2159.8

4000


1940
0.1


1.4
-9.7


-2.1
Sumber : Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007




4.      Prospek
Menurut Embah Riman, dahulu ketika mahu pengusahakan sawah padi Allahyarham Embah Dikon menghadapi kesulitan ketika hendak membeli sawah, iaitu kekurangan modal. Oleh itu, berbekalkan hasil titik peluh Allahyarham ditambah dengan bantuan kerajaan, barulah dapat membeli sawah tersebut. Setelah itu, berlaku beberapa halangan cuaca seperti banjir yang telah menenggelamkan semua anak padi padi yang baru ditanam. Selain itu, kerap kali juga berlakunya kemarau diawal pembabitan Allahyarham dalam bidang pertanian ini. Tetapi, berkat doa dan daya usaha yang tinggi serta tidak berputus asa telah menjadikan pertanian padi milik Allahyarham ada hingga ke hari ini.
            Sudah pastinya pertanian ini tidak akan berjaya dengan cemerlang tanpa penglibatan pihak luar seperti MARA yang telah memberi modal, MARDI yang telah memberi nasihat dari semasa ke semasa dan lain-lain pihak yang turut membantu. Embah Riman rasa bersyukur atas peranan kerajaan yang memahami keperluan rakyatnya.
            Akhirnya, perusahaan sawah padi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengguna setempat. Selain itu, perusahaan ini telah menjadi kebanggaan keluarga  dan masyarakat setempat.
            Saranan saya, warisan ini perlu ceritakan agar generasi muda tahu penanaman padi tradisional ini. Keluarga juga perlu mewarisi kemahiran ini. Selain itu, warisan ini juga wajar didokumentasikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Rumusan
            Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang melihat sendiri penanaman padi ini dilakukan secara tradisional. Saya telah memilih penanaman padi ini kerana mudah untuk mendapatkan maklumat serta terdapat kawasan sawah padi berdekatan tempat tinggal saya. Selain itu, penanaman padi juga mempunyai proses yang agak merumitkan tetapi sangat menarik kerana saya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.
            Saya juga bersyukur kerana dikelilingi masyarakat yang  berhemah tinggi dan tidak mudah berputus asa. Mereka sentiasa tenang dan sabar menghadapi masalah yang mendatang. Sentiasa berusaha lebih lagi dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk lebih berjaya.
            Demi kepentingan bangsa, kita mestilah memelihara pertanian tradisional ini dengan sentiasa berdisiplin demi mempertahankan warisan negara ini. Kita mesti berpegang teguh kepada lima prinsip rukun negara kerana rukun negara merupakan asas yang akan membentuk bangsa yang berdisiplin. Jika cinta akan negara dan bangsa, kita mestilah mempunyai semangat bersatu-padu dan harmoni.
            Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita hendaklah berbangga dan menyokong produk keluaran tempatan dengan membeli produk tempatan. Saya juga berasa gembira menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kerajaan yang prihatin akan keperluan rakyatnya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Disamping berasa bangga menjadi warganegara yang merdeka, kita tidak boleh alpa kerana jika kita lalai kemungkinan sejarah negara dijajah akan berulang lagi. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berwaspada dan terus memelihara kelebihan yang telah kita punya.
           
RUJUKAN
Buku Ilmiah
1 ) Yatimah Rimun, 2007, Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007, Malaysia : Arkib Negara Malaysia.

Orang Sumber
Embah Riman bin Dikon , 63 tahun, Kg. Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Yatimah binti Rimon, 48 tahun, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor.

Melawat tempat kajian
Kampung Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Internet

next, contoh ELEMEN 3

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

            Pada pendapat saya, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat bangsa Malaysia kerana kita hendaklah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Hal ini kerana, kita seharusnya menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara agar warisan bangsa ini dapat dikekalkan sehingga akhir zaman. Oleh itu, generasi seterusnya akan berbangga dengan sejarah negara sejak turun –temurun ini.

            Kegiatan ekonomi tradisional ini juga membantu masyarakat hidup bersatu padu dalam keadaan harmoni. Kegiatan ekonomi tradisional ini akan megukukuhkan semangat nasionalisme seandainya kita sentiasa bertolak-ansur dan bertoleransi sesama penduduk setempat. Selain itu, kegiatan ini penting kerana melambangkan sesuatu kaum. Oleh itu, tanpa adanya bersefahaman dan bermuafakatan kegiatan ini akan dilupakan orang ramai.

            Pada pendapat saya juga, dengan tertanamnya semangat nasionalisme  ini mampu menjadikan seseorang itu belajar sifat amanah dan jujur.  Seseorang itu juga akan bersikap adil dan bertimbang rasa kepada masyarakat. Oleh itu, kita dapat lihat betapa pentingnya menerapan semangat nasionalisme melalui kegiatan ekonomi tradisional ini.

lastly, ELEMEN 1 yang ade buat temubual

TEMU RAMAH
Najihah            : Assalamualaikum , Embah Riman maaf mengganggu. Apa khabar ?
Embah Riman             : Waalaikumsalam, oh kamu Najihah. Tak mengapa , kamu tidak menganggu pun.           Embah sihat , Alhamdulillah.
Najihah            : Embah , boleh tidak Najihah hendak memberikan beberapa soalan tentang pertanian padi yang diusahakan oleh Embah ? Sebenarnya Najihah perlu melakukan Kerja Kursus Sejarah untuk keperluan PMR yang bakal Najihah duduki tahun ini.
Embah Riman : Tidak mengapa , lagi pun kebetulan Embah baru sahaja pulang dari melihat                                     sawah padi Embah.
Najihah            : Oh, baiklah. Ini soalan pertama. Sudah berapa lama Embah berkecimpung dalam pertanian padi ini ?
Embah Riman : sudah lama juga. Sebenarnya , ini merupakan kerja turun temurun bermula dari arwah ayah Embah iaitu Embah Dimun. Dialah yang bertungkus-lumus mengerjakan sawah sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.
Najihah            : wah, lama juga ya. Seterusnya, bolehkah Embah memberi tahu tentang keluasan bendang yang dimiliki Embah ? Adakah Embah sendiri yang mengerjakan sawah padi itu hingga sekarang ?
Embah Riman : Embah mempunyai 2 keping sawah. Masa zaman Embah muda-muda dulu, selalulah turun dengan kawan-kawan. Sekarang kan sudah ada jentera yang membantu memudahkan penanaman padi. Jadi , Embah menyerahkan urusan padi ini kepada pihak berwajib.
Najihah            : Oh, begitu. Embah , semasa Embah mengerjakan sawah ini dulu, apakah peralatan yang digunakan sebelum terciptanya jentera dan pelbagai mesin yang memudahkan penanaman sawah kini ?
Embah Riman : Dahulu, kami biasanya akan menggunakan kuku kambing untuk menanam padi. Selepas itu, kami menggunakan sabit ketika musim menuai. Kami akan membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi. Setelah itu, sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam da tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaun=m wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan beras.
Najihah            : Oh begitu. Rumit juga ya. Menurut pendapat Embah, mungkinkah generasi muda zaman sekarang berminat untuk meneruskan aktiviti ini ?
Embah Riman : Rasanya, kalau adapun, tidak ramai. Lainlah kalau ada yang mengambil berat tentang warisan keluarga turun temurun seperti Najihah ini.
Najihah            : Usahlah Embah puji saya. Sudah semestinya kita selaku generasi muda meneruskan warisan keluarga turun temurun ini. Saya tidak mahu generasi akan datang hanya tahu makan nasi tanpa tahu asal usul kejadiannya.
Embah Riman : Bagus itu Najihah.
Najihah            : Eh, rasanya sudah terlalu lama saya berbual dengan Embah. Minta maaf Embah andainya saya telah mengganggu waktu rehat Embah.
Embah Riman : Tidak mengapa.
Najihah            : Terima kasih kerana Embah sudi meluangkan masa membantu saya mendapatkan maklumat tentang perusahaan padi. Saya rasa cukuplah atas maklumat yang telah diberikan. Terima kasih sekali lagi. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
Embah Riman : Sama-sama, Walaikumsalam.

kay..da abeh..yg lein, pandai2 korang lha nak buat sendiri.. blah dlue !