Monday 27 May 2013

kerja kursus sejarah PMR 2013

anneyong ~
haaa..kpd sesiapa yg blom siap kerja kursus, eloklah kalian kerjakan sekarang !
kegiatan ekonomi tradisional : padi 
khas untuk ELEMEN 2




Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian Menengah Rendah 2013.  
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaleha binti Ibos, Guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 3 Amal SMKA Kuala Selangor yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Ghazali kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Rahim bin Rimon dan Siti Rohayu binti Mario serta adinda-adinda tersayang Nurun Nuha binti Rahim dan Nurun Najla binti Rahim yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti Nur Aqilah binti Suib, Noorsriana Ain binti Aziz dan Nurin Anis Qistina binti Mohd Sobri yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya melakukan kajian.
Sekian.




Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan dengan objektif:
·         Mengetahui dan mengenali satu kegiatan ekonomi tradisional di negara kita
-Dengan ini, pengetahuan saya akan bertambah di samping melakukan pemerhatian.
·         Mengumpul fakta sejarah mengenai ekonomi tradisional yang dikaji
-Ekonomi tradisional penanaman padi merupakan satu tajuk yang agak senang untuk mengumpul fakta sejarah. Oleh itu, saya telah memilih tajuk ini.
·         Mengenalpasti latar belakang dan sumbangan kegiatan ekonomi tradisonal yang dikaji
-Di samping dapat mengetahui latar belakang ekonomi tradisional, saya juga dapat mengenalpasti sumbangan kegiatan ini kepada individu, masyarakat dan negara.
·         Memperkukuh semangat nasionalisme dalam kegiatan ekonomi tradisional
-Saya bersyukur kerana dapat menerapkan semangat nasionalisme dalam diri ketika sedang melakukan kajian.







Kaedah Kajian

Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian tentang kegiatan penanaman padi yang berdekatan tempat tinggal saya, iaitu Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang , Selangor.

Temu Ramah
Saya telah menemu ramah seorang pengusaha padi yang sudah lama berkecimpung dalam pertanian ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan teknik perusahaan padi serta cerita disebalik pertanian padi ini.

Analisis dokumen
Saya menganalisis dokumen yang diperoleh daripada buku-buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan mengenai pertanian padi.

Melayari  internet
saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penanaman padi



Hasil Kajian
PENANAMAN PADI
1.      Maklumat Asas
Pertanian padi yang dijalankan oleh Embah Riman bin Dikon bermula dengan usaha ayahnya, Allahyarham Embah Dikon yang bekerja keras untuk membeli 2 keping sawah padi bagi menyenangkan keluarga. Setelah itu, Allahyarham telah mengusahakan sawah padi itu bersama dua orang anak lelakinya, Allahyarham Embah Rimon ( abang kepada Embah Riman ) dan Riman ( beliau sendiri ). Kadangkala, 3 orang anak perempuannya juga turun membantu ketika menanam padi. Sawah kepunyaan keluarga Embah Riman terletak di Sawah Sempadan.
2.      Latar belakang
Tujuan pertanian padi diusahakan ialah sebagai punca pendapatan keluarga. Selain itu, pertanian sawah yang diusahakan Embah Riman merupakan warisan keluarganya. Oleh itu, Embah Riman masih mengekalkannya kerana sawah itu pula akan diwarisi kepada anaknya juga generasi seterusnya.
Embah Riman bersama abang dan ayahnya akan keluar selepas subuh untuk memulakan kerja-kerja menanam padi di awal musim. Kuku kambing digunakan untuk menanam padi. Selepas itu, sabit akan digunakan ketika musim menuai. Kemudian kerja-kerja membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi.

Embah Riman melakukan kerja membanting padi di belakang rumahnya kerana peralatan tong dan layar ada di situ. Kerja mengipas padi juga hanya dilakukan di rumah kerana kipas padi juga terletak dirumah. Padi tersebut kemudiannya dihantar ke kilang untuk untuk diproses menjadi beras. Sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam dan tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaum wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan beras.
Sekarang, Embah Riman hanya mengupah pekerja untuk menguruskan sawah padinya. Namun begitu, Embah Riman juga rajin menjenguk sawahnya bagi memantau perkembangan sawah miliknya. Selebihnya, tentang pengangkutan serta kerja-kerja menanam, menuai, dan seterusnya di lakukan oleh pekerja tersebut dengan menggunakan jentera-jentera canggih masa kini atas nasihat pihak MARA.







3.      Sumbangan / Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Pertanian yang dipertahankan Embah Riman telah meningkatkan taraf sosial ekonomi  masyarakat setempat. Selain itu, pertanian padi ini masih diteruskan oleh Embah Riman kerana permintaan berterusan pihak BERNAS yang akan mengambil hasil tuaian pada setiap kali  musim menuai. Pertanian ini juga telah menguatkan semangat kejiranan antara jiran kerana adanya kerjasama sesama masyarakat. Penerusan tradisi keluarga ini juga menjadi warisan keluarga yang paling berharga. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu mengetahui perkembangan perusahaan padi ini. Warisan keluarga ini juga telah mengeratkan hubungan sesama jiran. Hal ini juga boleh membantu jiran yang menghadapi masalah menguruskan pertanian padi dengan sering bertukar-tukar cerita tentang pertanian padi masing-masing.
                  


Kawasan
( 000 hektar)
Jumlah pengeluaran
(000 tan metrik)
Keluasan tanaman
Pertumbuhan
1991
1992
1993
1995
2000
1991-1995
1996-2000
737.5


1956.5

690.3


1864.0
899.3


1893.5
666.3


2159.8

4000


1940
0.1


1.4
-9.7


-2.1
Sumber : Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007




4.      Prospek
Menurut Embah Riman, dahulu ketika mahu pengusahakan sawah padi Allahyarham Embah Dikon menghadapi kesulitan ketika hendak membeli sawah, iaitu kekurangan modal. Oleh itu, berbekalkan hasil titik peluh Allahyarham ditambah dengan bantuan kerajaan, barulah dapat membeli sawah tersebut. Setelah itu, berlaku beberapa halangan cuaca seperti banjir yang telah menenggelamkan semua anak padi padi yang baru ditanam. Selain itu, kerap kali juga berlakunya kemarau diawal pembabitan Allahyarham dalam bidang pertanian ini. Tetapi, berkat doa dan daya usaha yang tinggi serta tidak berputus asa telah menjadikan pertanian padi milik Allahyarham ada hingga ke hari ini.
            Sudah pastinya pertanian ini tidak akan berjaya dengan cemerlang tanpa penglibatan pihak luar seperti MARA yang telah memberi modal, MARDI yang telah memberi nasihat dari semasa ke semasa dan lain-lain pihak yang turut membantu. Embah Riman rasa bersyukur atas peranan kerajaan yang memahami keperluan rakyatnya.
            Akhirnya, perusahaan sawah padi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengguna setempat. Selain itu, perusahaan ini telah menjadi kebanggaan keluarga  dan masyarakat setempat.
            Saranan saya, warisan ini perlu ceritakan agar generasi muda tahu penanaman padi tradisional ini. Keluarga juga perlu mewarisi kemahiran ini. Selain itu, warisan ini juga wajar didokumentasikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Rumusan
            Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang melihat sendiri penanaman padi ini dilakukan secara tradisional. Saya telah memilih penanaman padi ini kerana mudah untuk mendapatkan maklumat serta terdapat kawasan sawah padi berdekatan tempat tinggal saya. Selain itu, penanaman padi juga mempunyai proses yang agak merumitkan tetapi sangat menarik kerana saya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.
            Saya juga bersyukur kerana dikelilingi masyarakat yang  berhemah tinggi dan tidak mudah berputus asa. Mereka sentiasa tenang dan sabar menghadapi masalah yang mendatang. Sentiasa berusaha lebih lagi dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk lebih berjaya.
            Demi kepentingan bangsa, kita mestilah memelihara pertanian tradisional ini dengan sentiasa berdisiplin demi mempertahankan warisan negara ini. Kita mesti berpegang teguh kepada lima prinsip rukun negara kerana rukun negara merupakan asas yang akan membentuk bangsa yang berdisiplin. Jika cinta akan negara dan bangsa, kita mestilah mempunyai semangat bersatu-padu dan harmoni.
            Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita hendaklah berbangga dan menyokong produk keluaran tempatan dengan membeli produk tempatan. Saya juga berasa gembira menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kerajaan yang prihatin akan keperluan rakyatnya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Disamping berasa bangga menjadi warganegara yang merdeka, kita tidak boleh alpa kerana jika kita lalai kemungkinan sejarah negara dijajah akan berulang lagi. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berwaspada dan terus memelihara kelebihan yang telah kita punya.
           
RUJUKAN
Buku Ilmiah
1 ) Yatimah Rimun, 2007, Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007, Malaysia : Arkib Negara Malaysia.

Orang Sumber
Embah Riman bin Dikon , 63 tahun, Kg. Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Yatimah binti Rimon, 48 tahun, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor.

Melawat tempat kajian
Kampung Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.

Internet

next, contoh ELEMEN 3

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

            Pada pendapat saya, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat bangsa Malaysia kerana kita hendaklah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Hal ini kerana, kita seharusnya menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara agar warisan bangsa ini dapat dikekalkan sehingga akhir zaman. Oleh itu, generasi seterusnya akan berbangga dengan sejarah negara sejak turun –temurun ini.

            Kegiatan ekonomi tradisional ini juga membantu masyarakat hidup bersatu padu dalam keadaan harmoni. Kegiatan ekonomi tradisional ini akan megukukuhkan semangat nasionalisme seandainya kita sentiasa bertolak-ansur dan bertoleransi sesama penduduk setempat. Selain itu, kegiatan ini penting kerana melambangkan sesuatu kaum. Oleh itu, tanpa adanya bersefahaman dan bermuafakatan kegiatan ini akan dilupakan orang ramai.

            Pada pendapat saya juga, dengan tertanamnya semangat nasionalisme  ini mampu menjadikan seseorang itu belajar sifat amanah dan jujur.  Seseorang itu juga akan bersikap adil dan bertimbang rasa kepada masyarakat. Oleh itu, kita dapat lihat betapa pentingnya menerapan semangat nasionalisme melalui kegiatan ekonomi tradisional ini.

lastly, ELEMEN 1 yang ade buat temubual

TEMU RAMAH
Najihah            : Assalamualaikum , Embah Riman maaf mengganggu. Apa khabar ?
Embah Riman             : Waalaikumsalam, oh kamu Najihah. Tak mengapa , kamu tidak menganggu pun.           Embah sihat , Alhamdulillah.
Najihah            : Embah , boleh tidak Najihah hendak memberikan beberapa soalan tentang pertanian padi yang diusahakan oleh Embah ? Sebenarnya Najihah perlu melakukan Kerja Kursus Sejarah untuk keperluan PMR yang bakal Najihah duduki tahun ini.
Embah Riman : Tidak mengapa , lagi pun kebetulan Embah baru sahaja pulang dari melihat                                     sawah padi Embah.
Najihah            : Oh, baiklah. Ini soalan pertama. Sudah berapa lama Embah berkecimpung dalam pertanian padi ini ?
Embah Riman : sudah lama juga. Sebenarnya , ini merupakan kerja turun temurun bermula dari arwah ayah Embah iaitu Embah Dimun. Dialah yang bertungkus-lumus mengerjakan sawah sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.
Najihah            : wah, lama juga ya. Seterusnya, bolehkah Embah memberi tahu tentang keluasan bendang yang dimiliki Embah ? Adakah Embah sendiri yang mengerjakan sawah padi itu hingga sekarang ?
Embah Riman : Embah mempunyai 2 keping sawah. Masa zaman Embah muda-muda dulu, selalulah turun dengan kawan-kawan. Sekarang kan sudah ada jentera yang membantu memudahkan penanaman padi. Jadi , Embah menyerahkan urusan padi ini kepada pihak berwajib.
Najihah            : Oh, begitu. Embah , semasa Embah mengerjakan sawah ini dulu, apakah peralatan yang digunakan sebelum terciptanya jentera dan pelbagai mesin yang memudahkan penanaman sawah kini ?
Embah Riman : Dahulu, kami biasanya akan menggunakan kuku kambing untuk menanam padi. Selepas itu, kami menggunakan sabit ketika musim menuai. Kami akan membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi. Setelah itu, sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam da tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaun=m wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan beras.
Najihah            : Oh begitu. Rumit juga ya. Menurut pendapat Embah, mungkinkah generasi muda zaman sekarang berminat untuk meneruskan aktiviti ini ?
Embah Riman : Rasanya, kalau adapun, tidak ramai. Lainlah kalau ada yang mengambil berat tentang warisan keluarga turun temurun seperti Najihah ini.
Najihah            : Usahlah Embah puji saya. Sudah semestinya kita selaku generasi muda meneruskan warisan keluarga turun temurun ini. Saya tidak mahu generasi akan datang hanya tahu makan nasi tanpa tahu asal usul kejadiannya.
Embah Riman : Bagus itu Najihah.
Najihah            : Eh, rasanya sudah terlalu lama saya berbual dengan Embah. Minta maaf Embah andainya saya telah mengganggu waktu rehat Embah.
Embah Riman : Tidak mengapa.
Najihah            : Terima kasih kerana Embah sudi meluangkan masa membantu saya mendapatkan maklumat tentang perusahaan padi. Saya rasa cukuplah atas maklumat yang telah diberikan. Terima kasih sekali lagi. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
Embah Riman : Sama-sama, Walaikumsalam.

kay..da abeh..yg lein, pandai2 korang lha nak buat sendiri.. blah dlue !

Kerja Kursus Geografi 2013

Argghhhhh !!! kerje kursus menanti !! nasib baik da siap..ngee ~

this is mine !


PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR) 2013.  
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Norliza binti Ramlan, Guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3 Amal SMKA Kuala Selangor yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Ghazali kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Mahamad Hairani Bin Mohamad Sharif dan Zaida Binti Osman serta adinda-adinda dan kekanda tersayang Mohamad Amiruddin , Nurul Afifah , Nurul Amira dan Nurul Aqilah  yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini. Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti, Mohammad Nazrul Hazmi Bin Mohamad Ngisa serta Nurain Sabrina Binti Ibrahim yang sentiasa menolong saya dengan menemani saya melakukan kajian.
Sekian,




OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif-objektif  seperti berikut:
Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti konsep kegiatan penternakan.
Selain itu , kajian ini bertujuan untuk mengetahui kepentingan kegiatan penternakan di kawasan kajian.
Seterusnya , kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi kegiatan penternakan.
Selanjutnya , kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan negatif kegiatan penternakan dan menyatakan langkah bagi mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan.
Akhir sekali , kajian ini dilakukan dengan objektif untuk menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat tentang kegiatan penternakan.
.






PENDAHULUAN

          Bagi memenuhi syarat untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) semua calon diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi berpandukan senarai semak. Kerja Kursus ini mempunyai dua tugasan dan calon dikehendaki memilih sama ada tugasan 1 : PENGANGKUTAN AWAM atau tugasan 2 : KEGIATAN PENTERNAKAN.

Saya telah memilih tugasan 2 di mana calon dikehendaki menjalankan kajian tentang kegiatan penternakan di kawasan kajian. Tajuk kajian saya ialah Kegiatan Penternakan Itik di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong . Saya memilih Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang sebagai kawasan kajian kerana Tanjong Karang merupakan kawasan yang membangun di Kuala Selangor.

Saya menjalankan kajian ini dalam masa sembilan minggu bermula 24 Mac hingga 5 Mei 2013. Kemudian , saya menyiapkan laporan tentang kajian ini seperti yang telah disyaratkan.



KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor sebagai kawasan kajian saya. Kampung Sungai Gulang-Gulang terletak berhampiran kawasan pantai.

Kampung sungai Gulang-Gulang terletak di mukim Tanjung Karang dalam daerah Kuala Selangor. Di sebelah utaranya, terdapat beberapa kedai runcit kecil-kecilan, manakala di sebelah selatannya terletak kawasan pertanian bagi petani seperti sawah padi. Kemudian, di sebelah timurnya pula terdapat industri pelancongan. Di sebelah baratnya pula, hanyalah kawasan pertanian ladang sawit.

Kampung ini berdekatan dengan pekan Tanjung Karang. Jarak di antara Kampung Sungai Gulang-Gulang dengan pekan tersebut ialah kira-kira 8 minit perjalanan dengan menaiki kereta pada kelajuan 60 km/j. Kampung Sungai Gulang-Gulang juga terbahagi kepada empat zon iaitu Zon Batu 6, Zon Batu 5, Zon Batu 7 dan Zon Sempadan Mukim.

Bilangan  keluarga di sini ialah 505 buah keluarga. Agama rasmi Kampung Sungai Gulang-Gulang ialah Agama Islam. Kegiatan utama penduduk ialah bertani.


KAEDAH KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini ,  saya telah menggunakan kaedah tersebut :

Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian untuk mengetahui kegiatan penternakan yang ada di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang Selangor.

Temu Bual
Saya telah menemu bual pengusaha kepada penternakan itik untuk mengetahui tentang perusahaan yang dijalankan. Saya juga telah menemu bual ketua kampung untuk mengetahui tentang kawasan kajian.

Rujukan Internet
Melalui internet , saya mendapatkan maklumat lanjut tentang perusahaan itik serta mencari peta daerah Kuala Selangor. Saya juga menggunakan internet untuk mengetahui konsep penternakan.


1 ) Konsep dan jenis kegiatan penternakan
           
Konsep menurut Wikipedia bermaksud satu kognitif unit makna— sebuah idea abstrak atau simbol mental ada kalanya dijelaskan sebagai "unit pengetahuan," dibina daripada unit lain yang bertindak sebagai ciri-ciri konsep. Sebuah konsep selalunya dikaitkan dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti satu perkataan.
Menurut Wikipedia juga, penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.
Oleh itu, jelas disini bahawa konsep penternakan ialah satu cabang idea bidang pertanian iaitu membiak haiwan ternakan. Untuk menternak, perlulah mempunyai ilmu penternakan yang mana boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.
Untuk itu, saya telah memilih penternakan itik sebagai tajuk kajian bagi menyempurnakan kerja kursus Geografi pada tahun ini.


 2 ) Kepentingan Kegiatan Penternakan di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang
                                                                                                                          
Sumber pendapatan
Menurut Encik Sidek, penternakan itik yang dijalankan olehnya ini merupakan satu kegiatan penternakan yang kurang pesaing. Oleh itu, ramai pengusaha kecil-kecilan mula berjinak dalam perusahaan ini. Penternakan itik muscovy ini dijalankan oleh Encik Sidek sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

Sumber bahan mentah
Penternakan itik yang dijalankan oleh Encik Sidek telah menyenangkan penduduk kampung. Contohnya, sekiranya ada dalam kalangan orang kampung yang ingin telur itik, tak perlu pergi ke pekan. Perkara yang sama juga sekiranya memerlukan daging itik dalam kuantiti yang banyak, penternakan itik ini menjadi sumber bahan mentah yang terhampir.

Peluang pekerjaan
Encik Sidek telah membuka peluang pekerjaan kepada 2 orang pelajar lepasan SPM untuk menjaga ternakannya ketika dia tiada di rumah. Merekalah yang akan menguruskan perniagaannya sekiranya Encik Sidek sedang bekerja.
           
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tinggal di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang yang penduduknya berhemah tinggi kesemuanya.


3) Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan di Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.
Bentuk Muka Bumi
Kawasan penternakan ini terletak berdekatan parit besar yang membolehkan itik - itik menyejukkan badan dan menghilangkan stress. Tanih yang berkawasan tinggi dan kawasan ladang sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’.

Iklim
Menurut Encik Sidek, negara Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk penternakan itik Muscovy. Oleh itu, Encik Sidek mengambil pelang unruk menjalankan penternakan ini.

Modal
Untuk penternakan itik ini, modal yang diperlukan separuhnya telah dibantu oleh pihak MARA. Ini kerana, kos untuk memulakan penternakan itik ini agak banyak dari segi pembinaan reban.

Permintaan / pasaran
Encik Sidek memulakan perniagaan daging itik disebabkan permintaan yang yang tinggi oleh penduduk kampung yang pada mulanya , hanya perniagaan kecil – kecilan. Seterusnya, Encik Sidek telah memperbesar ladang itiknya supaya boleh memuatkan sekitar 500 ekor itik Muscovy.                             
Saya rasa bersyukur dan bangga tinggal di Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang kerana penduduknya bersatu padu dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang tugasan.

4 ) Kesan negatif kegiatan penternakan di Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

Pencemaran bau
Menurut Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki, penduduk sering membuat aduan taik itik yang tidak diselenggara mengakibatkan bau busuk di kawasan sekitar. Hal ini telah mengganggu aktiviti mereka selaku masyarakat setempat.

Wabak penyakit
Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki juga mengatakan  taik itik yang tidak diselenggara juga akan menyebabkan lalat membiak dengan banyak. Perkara itu boleh menjurus pada penyebaran penyakit yang dibawa oleh serangga tersebut.

Sensitiviti masyarakat
Penduduk juga ada mengadu kepada Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki bahawa bau dan lalat yang banyak menyusahkan jiran tetangga yang berdekatan berikutan lokasi penternakan yang terletak di kawasan kampung. Ini menyentuh sensitiviti masyarakat sekitar.

Saya berasa beruntung menjadi salah seorang penduduk Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang yang kesemua penduduknya bertimbang rasa dan sentiasa bersabar menghadapi sebarang situasi.



5 ) Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan di Kg.Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.

Pemantauan
Menurut Tuan Haji Maskuri bin Mardzuki, peranan pihak vaterinar daerah amat penting untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan. Pihak Vaterinar Daerah seharusnya selalu turun padang memantau kaedah  penyelenggaraan hasil kumbahan binatang ternakan. Hal ini dapat membantu mengurangkan pencemaran bau yang dibawa oleh itik.

Pemeriksaan kesihatan
Para pegawai kesihatan perlu dihantar ke kawasan kampung untuk memeriksa tahap kesihatan sesebuah kawasan itu. Perkara ini perlu diadakan supaya penyebaran wabak penyakit berbahaya dapat dielakkan, seterusnya meningkatkan taraf kesihatan sesebuah kawasan.

Mewujudkan kawasan ternakan terancang
Pihak ternakan seharusnya merancang lokasi penternakan agar tidak menggangu privasi penduduk kampung yang lain. Hal ini berkait rapat dengan sentiviti masyarakat. Mereka memerlukan ruang untuk bersama keluarga dalam persekitaran yang selesa.
           
Saya rasa bersyukur tinggal di Malaysia kerana Malaysia sentiasa memahami kehendak rakyat. Saya cintakan Malaysia.



Rajah 5.1 cara-cara penternakan itik



Rajah 5.1

Info Kegiatan penternakan di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang Selangor.
Jenis penternakan
Bilangan
Lembu
2
Ikan keli
2
Ayam
2
Itik
1
Kambing
1
Jadual 5.1
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian, saya mendapati Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang  mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk penternakan itik. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun juga membantu penternakan itik ini. Tanpa bantuan modal dari pihak kerajaan, mungkin perniagaan ternakan itik ini tidak dapat berkembang. Selain itu, permintaan pasaran juga menyumbang kepada faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan itik.
Kegiatan penternakan itik juga merupakan suatu penternakan yang agak mencabar dari segi cara penjagaan yang agak merumitkan, juga proses penyelenggaraan hasil kumbahan itik tersebut. Hal ini boleh dicegah dengan usaha, semangat daya saing yang tinggi serta bantuan dari pihak vaterinar. Masalah penyebaran wabak penyakit dapat ditepis dengan adanya pemeriksaan kesihatan dari pihak kesihatan. Untuk meyelesaikan hal sensitiviti masyarakat, saya telah mencadangkan agar kegiatan penternakan dijalankan sebaiknya jauh daripada kawasan kejiranan untuk megelakkan sebarang perselisihan faham.
Penduduk Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang  hidup dalam suasana yang aman, harmoni dan bersatu padu serta bergaul dengan baik antara satu sama lain. Mereka menjalankan pekerjaan untuk mencari rezeki. Setiap masalah yang timbul dalam kalangan penduduk di kampong ini akan di bawa duduk semeja untuk dibincangkan bersama. Saya berasa amat bertuah kerana tinggal di kawasan yang berbilang kaum dan mempunyai semangat patriotism yang tinggi. Saya berasa selamat tinggal di Malaysia, oleh sebab itu saya sayang akan tempat tinggal saya, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.