anneyong ~
haaa..kpd sesiapa yg blom siap kerja kursus, eloklah kalian kerjakan sekarang !
kegiatan ekonomi tradisional : padi
khas untuk ELEMEN 2
Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan dari
Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya terhasil juga satu tugasan
sebagai melengkapkan salah satu keperluan dalam Penilaian
Menengah Rendah 2013.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaleha binti Ibos,
Guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 3 Amal
SMKA Kuala Selangor yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan idea serta
panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat tuan Pengetua, Puan
Hajah Hamidah binti Ghazali kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan
kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Rahim bin Rimon dan Siti Rohayu binti Mario serta adinda-adinda tersayang Nurun Nuha binti Rahim dan Nurun Najla binti
Rahim yang sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama serta keprihatinan
yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini.
Rakan-rakan yang bekerjasama membuat kajian seperti Nur Aqilah binti Suib,
Noorsriana Ain binti Aziz dan Nurin Anis Qistina binti Mohd Sobri yang sentiasa
menolong saya dengan menemani saya melakukan kajian.
Sekian.
Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan dengan
objektif:
·
Mengetahui dan mengenali satu kegiatan ekonomi tradisional di negara kita
-Dengan ini, pengetahuan saya akan bertambah di samping
melakukan pemerhatian.
·
Mengumpul fakta sejarah mengenai ekonomi tradisional yang dikaji
-Ekonomi tradisional penanaman padi merupakan satu tajuk
yang agak senang untuk mengumpul fakta sejarah. Oleh itu, saya telah memilih
tajuk ini.
·
Mengenalpasti latar belakang dan sumbangan kegiatan ekonomi tradisonal
yang dikaji
-Di samping dapat mengetahui latar belakang ekonomi
tradisional, saya juga dapat mengenalpasti sumbangan kegiatan ini kepada
individu, masyarakat dan negara.
·
Memperkukuh semangat nasionalisme dalam kegiatan ekonomi tradisional
-Saya bersyukur kerana dapat menerapkan semangat
nasionalisme dalam diri ketika sedang melakukan kajian.
Kaedah Kajian
Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian tentang kegiatan penanaman
padi yang berdekatan tempat tinggal saya, iaitu Kampung Sungai Gulang-Gulang,
Tanjong Karang , Selangor.
Temu Ramah
Saya telah menemu ramah seorang pengusaha padi yang sudah
lama berkecimpung dalam pertanian ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang
perkembangan teknik perusahaan padi serta cerita disebalik pertanian padi ini.
Analisis dokumen
Saya menganalisis dokumen yang diperoleh daripada buku-buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan mengenai pertanian padi.
Melayari internet
saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penanaman padi
Hasil Kajian
PENANAMAN PADI
1.
Maklumat Asas
Pertanian padi yang dijalankan oleh Embah Riman bin Dikon
bermula dengan usaha ayahnya, Allahyarham Embah Dikon yang bekerja keras untuk
membeli 2 keping sawah padi bagi menyenangkan keluarga. Setelah itu, Allahyarham
telah mengusahakan sawah padi itu bersama dua orang anak lelakinya, Allahyarham
Embah Rimon ( abang kepada Embah Riman ) dan Riman ( beliau sendiri ).
Kadangkala, 3 orang anak perempuannya juga turun membantu ketika menanam padi.
Sawah kepunyaan keluarga Embah Riman terletak di Sawah Sempadan.
2.
Latar belakang
Tujuan pertanian padi diusahakan ialah sebagai punca
pendapatan keluarga. Selain itu, pertanian sawah yang diusahakan Embah Riman
merupakan warisan keluarganya. Oleh itu, Embah Riman masih mengekalkannya
kerana sawah itu pula akan diwarisi kepada anaknya juga generasi seterusnya.
Embah Riman bersama abang dan ayahnya akan keluar selepas
subuh untuk memulakan kerja-kerja menanam padi di awal musim. Kuku kambing
digunakan untuk menanam padi. Selepas itu, sabit akan digunakan ketika musim menuai.
Kemudian kerja-kerja membanting padi dengan menggunakan tong dan layar untuk
meleraikan padi dari tangkainya, kemudian mengipas padi dengan menggunakan
kipas padi bertujuan untuk mengasingkan hampa dan padi.
Embah Riman melakukan kerja membanting padi di
belakang rumahnya kerana peralatan tong dan layar ada di situ. Kerja mengipas
padi juga hanya dilakukan di rumah kerana kipas padi juga terletak dirumah. Padi
tersebut kemudiannya dihantar ke kilang untuk untuk diproses menjadi beras.
Sebelum adanya kilang-kilang memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan
untuk menghasilkan beras. Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur
sehingga kering. Kerja menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana
sekiranya padi yang ditumbuk belum kering, padi akan hancur bersama sekam dan
tidak boleh dimakan. Seterusnya, kaum wanita akan mengambil alih dengan menampi
untuk menghasilkan beras.
Sekarang, Embah Riman hanya mengupah pekerja
untuk menguruskan sawah padinya. Namun begitu, Embah Riman juga rajin menjenguk
sawahnya bagi memantau perkembangan sawah miliknya. Selebihnya, tentang
pengangkutan serta kerja-kerja menanam, menuai, dan seterusnya di lakukan oleh
pekerja tersebut dengan menggunakan jentera-jentera canggih masa kini atas
nasihat pihak MARA.
3.
Sumbangan / Pengaruh kepada keluarga atau
masyarakat
Pertanian yang dipertahankan Embah Riman telah
meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat setempat. Selain itu, pertanian
padi ini masih diteruskan oleh Embah Riman kerana permintaan berterusan pihak
BERNAS yang akan mengambil hasil tuaian pada setiap kali musim menuai. Pertanian ini juga telah
menguatkan semangat kejiranan antara jiran kerana adanya kerjasama sesama
masyarakat. Penerusan tradisi keluarga ini juga menjadi warisan keluarga yang
paling berharga. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu mengetahui perkembangan
perusahaan padi ini. Warisan keluarga ini juga telah mengeratkan hubungan
sesama jiran. Hal ini juga boleh membantu jiran yang menghadapi masalah
menguruskan pertanian padi dengan sering bertukar-tukar cerita tentang
pertanian padi masing-masing.
Kawasan
( 000 hektar)
Jumlah pengeluaran
(000 tan metrik)
|
Keluasan tanaman
|
Pertumbuhan
|
1991
|
1992
|
1993
|
1995
|
2000
|
1991-1995
|
1996-2000
|
737.5
1956.5
|
690.3
1864.0
|
899.3
1893.5
|
666.3
2159.8
|
4000
1940
|
0.1
1.4
|
-9.7
-2.1
|
Sumber : Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007
4. Prospek
Menurut Embah Riman, dahulu ketika mahu
pengusahakan sawah padi Allahyarham Embah Dikon menghadapi kesulitan ketika
hendak membeli sawah, iaitu kekurangan modal. Oleh itu, berbekalkan hasil titik
peluh Allahyarham ditambah dengan bantuan kerajaan, barulah dapat membeli sawah
tersebut. Setelah itu, berlaku beberapa halangan cuaca seperti banjir yang
telah menenggelamkan semua anak padi padi yang baru ditanam. Selain itu, kerap
kali juga berlakunya kemarau diawal pembabitan Allahyarham dalam bidang
pertanian ini. Tetapi, berkat doa dan daya usaha yang tinggi serta tidak
berputus asa telah menjadikan pertanian padi milik Allahyarham ada hingga ke
hari ini.
Sudah
pastinya pertanian ini tidak akan berjaya dengan cemerlang tanpa penglibatan
pihak luar seperti MARA yang telah memberi modal, MARDI yang telah memberi
nasihat dari semasa ke semasa dan lain-lain pihak yang turut membantu. Embah
Riman rasa bersyukur atas peranan kerajaan yang memahami keperluan rakyatnya.
Akhirnya,
perusahaan sawah padi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengguna
setempat. Selain itu, perusahaan ini telah menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat setempat.
Saranan
saya, warisan ini perlu ceritakan agar generasi muda tahu penanaman padi
tradisional ini. Keluarga juga perlu mewarisi kemahiran ini. Selain itu,
warisan ini juga wajar didokumentasikan agar tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.
Rumusan
Saya
berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang melihat sendiri penanaman
padi ini dilakukan secara tradisional. Saya telah memilih penanaman padi ini
kerana mudah untuk mendapatkan maklumat serta terdapat kawasan sawah padi
berdekatan tempat tinggal saya. Selain itu, penanaman padi juga mempunyai
proses yang agak merumitkan tetapi sangat menarik kerana saya tidak pernah
mengetahuinya sebelum ini.
Saya
juga bersyukur kerana dikelilingi masyarakat yang berhemah tinggi dan tidak mudah berputus asa.
Mereka sentiasa tenang dan sabar menghadapi masalah yang mendatang. Sentiasa
berusaha lebih lagi dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk
lebih berjaya.
Demi
kepentingan bangsa, kita mestilah memelihara pertanian tradisional ini dengan
sentiasa berdisiplin demi mempertahankan warisan negara ini. Kita mesti
berpegang teguh kepada lima prinsip rukun negara kerana rukun negara merupakan
asas yang akan membentuk bangsa yang berdisiplin. Jika cinta akan negara dan
bangsa, kita mestilah mempunyai semangat bersatu-padu dan harmoni.
Sebagai
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita hendaklah berbangga dan menyokong
produk keluaran tempatan dengan membeli produk tempatan. Saya juga berasa
gembira menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kerajaan yang prihatin akan
keperluan rakyatnya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Disamping berasa
bangga menjadi warganegara yang merdeka, kita tidak boleh alpa kerana jika kita
lalai kemungkinan sejarah negara dijajah akan berulang lagi. Oleh itu, kita
mestilah sentiasa berwaspada dan terus memelihara kelebihan yang telah kita
punya.
RUJUKAN
Buku
Ilmiah
1 )
Yatimah Rimun, 2007, Jejak-Jejak Pembangunan 1957-2007, Malaysia : Arkib
Negara Malaysia.
Orang
Sumber
Embah
Riman bin Dikon , 63 tahun, Kg. Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Yatimah
binti Rimon, 48 tahun, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor.
Melawat
tempat kajian
Kampung
Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
Internet
next, contoh ELEMEN 3
Kegiatan
ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia. Berikan pendapat anda.
Pada pendapat saya, kegiatan ekonomi tradisional
penting dalam memperkukuh semangat bangsa Malaysia kerana kita hendaklah menghargai
dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Hal ini kerana, kita seharusnya menjaga
dan mempertahankan maruah bangsa dan negara agar warisan bangsa ini dapat dikekalkan
sehingga akhir zaman. Oleh itu, generasi seterusnya akan berbangga dengan
sejarah negara sejak turun –temurun ini.
Kegiatan ekonomi tradisional ini
juga membantu masyarakat hidup bersatu padu dalam keadaan harmoni.
Kegiatan ekonomi tradisional ini akan megukukuhkan semangat nasionalisme
seandainya kita sentiasa bertolak-ansur dan bertoleransi sesama penduduk
setempat. Selain itu, kegiatan ini penting kerana melambangkan sesuatu kaum.
Oleh itu, tanpa adanya bersefahaman dan bermuafakatan kegiatan ini akan
dilupakan orang ramai.
Pada pendapat saya juga, dengan
tertanamnya semangat nasionalisme ini
mampu menjadikan seseorang itu belajar sifat amanah dan jujur. Seseorang itu juga akan bersikap adil dan
bertimbang rasa kepada masyarakat. Oleh itu, kita dapat lihat betapa
pentingnya menerapan semangat nasionalisme melalui kegiatan ekonomi tradisional
ini.
lastly, ELEMEN 1 yang ade buat temubual
TEMU RAMAH
Najihah :
Assalamualaikum , Embah Riman maaf mengganggu. Apa khabar ?
Embah Riman :
Waalaikumsalam, oh kamu Najihah. Tak mengapa , kamu tidak menganggu pun. Embah sihat , Alhamdulillah.
Najihah :
Embah , boleh tidak Najihah hendak memberikan beberapa soalan tentang pertanian
padi yang diusahakan oleh Embah ? Sebenarnya Najihah perlu melakukan Kerja
Kursus Sejarah untuk keperluan PMR yang bakal Najihah duduki tahun ini.
Embah Riman : Tidak mengapa , lagi pun kebetulan Embah
baru sahaja pulang dari melihat sawah padi Embah.
Najihah :
Oh, baiklah. Ini soalan pertama. Sudah berapa lama Embah berkecimpung dalam
pertanian padi ini ?
Embah Riman :
sudah lama juga. Sebenarnya , ini merupakan kerja turun temurun bermula dari
arwah ayah Embah iaitu Embah Dimun. Dialah yang bertungkus-lumus mengerjakan
sawah sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.
Najihah :
wah, lama juga ya. Seterusnya, bolehkah Embah memberi tahu tentang keluasan
bendang yang dimiliki Embah ? Adakah Embah sendiri yang mengerjakan sawah padi
itu hingga sekarang ?
Embah Riman :
Embah mempunyai 2 keping sawah. Masa zaman Embah muda-muda dulu, selalulah
turun dengan kawan-kawan. Sekarang kan sudah ada jentera yang membantu
memudahkan penanaman padi. Jadi , Embah menyerahkan urusan padi ini kepada
pihak berwajib.
Najihah :
Oh, begitu. Embah , semasa Embah mengerjakan sawah ini dulu, apakah peralatan
yang digunakan sebelum terciptanya jentera dan pelbagai mesin yang memudahkan
penanaman sawah kini ?
Embah Riman :
Dahulu, kami biasanya akan menggunakan kuku kambing untuk menanam padi. Selepas
itu, kami menggunakan sabit ketika musim menuai. Kami akan membanting padi
dengan menggunakan tong dan layar untuk meleraikan padi dari tangkainya,
kemudian mengipas padi dengan menggunakan kipas padi bertujuan untuk
mengasingkan hampa dan padi. Setelah itu, sebelum adanya kilang-kilang
memproses beras, kerja menumbuk padi dilakukan untuk menghasilkan beras.
Sebelum menumbuk padi, pastikan padi telah dijemur sehingga kering. Kerja
menumbuk merupakan kerja yang paling susah kerana sekiranya padi yang ditumbuk
belum kering, padi akan hancur bersama sekam da tidak boleh dimakan.
Seterusnya, kaun=m wanita akan mengambil alih dengan menampi untuk menghasilkan
beras.
Najihah :
Oh begitu. Rumit juga ya. Menurut pendapat Embah, mungkinkah generasi muda
zaman sekarang berminat untuk meneruskan aktiviti ini ?
Embah Riman :
Rasanya, kalau adapun, tidak ramai. Lainlah kalau ada yang mengambil berat
tentang warisan keluarga turun temurun seperti Najihah ini.
Najihah :
Usahlah Embah puji saya. Sudah semestinya kita selaku generasi muda meneruskan
warisan keluarga turun temurun ini. Saya tidak mahu generasi akan datang hanya
tahu makan nasi tanpa tahu asal usul kejadiannya.
Embah Riman : Bagus
itu Najihah.
Najihah :
Eh, rasanya sudah terlalu lama saya berbual dengan Embah. Minta maaf Embah
andainya saya telah mengganggu waktu rehat Embah.
Embah Riman : Tidak mengapa.
Najihah :
Terima kasih kerana Embah sudi meluangkan masa membantu saya mendapatkan
maklumat tentang perusahaan padi. Saya rasa cukuplah atas maklumat yang telah
diberikan. Terima kasih sekali lagi. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
Embah Riman : Sama-sama, Walaikumsalam.
kay..da abeh..yg lein, pandai2 korang lha nak buat sendiri.. blah dlue !